
INTEGRITI | KREATIVITI | INNOVASI | KETABAHAN | KETAQWAAN

Produk-produk AL-FAIZ

KHIDMAT SOSIAL
"AD Teguh, sebuah syarikat milik bumiputera yang mengeluarkan produk Al-Faiz, sebagai produk alternatif untuk merawat pelbagai penyakit, kini tampil menawarkan peluang kepada syarikat-syarikat korporat dan individu-individu korporat untuk melakukan khidmat sosial kepada masyarakat dan badan-badan atau pertubuhan bukan kerajaan yang memerlukan bantuan. Menurut pengasas AD Teguh, Habib Siddique atau lebih mesra dipanggil Pak Habib, syarikat AD Teguh sentiasa mengambil pendekatan bahawa kekayaan yang terkumpul hasil dari usaha perniagaan seharusnya tidak menghalang darinya untuk melakukan kerja-kerja amal dengan melakukan pelbagai aktiviti sosial dan kebajikan masyarakat. Sebagai contoh, baru-baru ini syarikat AD Teguh telah bermurah hati menyumbang produk Al-Faiz kepada persatuan sokongan and Anak Kurang Upaya Kronik AZWAR Kuala Lumpur dan Selangor atau ringkasnya PSIAKU AZWAR. Antara produk yang disumbangkan ialah, Madu Minda, Madu Arab, Madu Halia, Air Za'faran, Losyen dan Bio As Sihhah."
